|
Fakulti Teknologi Maklumat Dan Multimedia (FTMM) bermula daripada sebuah jabatan di bawah Fakulti Teknologi Kejuruteraan dan berkembang menjadi sebuah Fakulti pada 1 Mei 2004 bertempat di Blok A, Kampus Bandar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Fakulti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk melahirkan tenaga pakar dalam bidang teknologi maklumat yang dapat memenuhi permintaan pasaran kerja dunia. Untuk mencapai matlamat ini, fakulti bukan hanya menawarkan program ijazah dan diploma dalam bidang teknologi maklumat, tetapi juga telah merancang untuk menjadikan fakulti sebagai pusat pembelajaran yang menawarkan sijil professional daripada syarikat-syarikat terkemuka dunia seperti Sun Microsystem dan Cisco. |
|
Read more...
|
|
|